Wednesday, December 22, 2010

Pohon misteri

Namaku ialah Aiman dan aku ialah pelajar di sebuah sekolah di kawasan Daerah Lipis.Aku bakal menduduki peperikasaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini oleh itu aku terpaksa menghadiri kelas malam yang diadakan oleh sekolahku.Untuk sampai ke kelasku aku terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi,gelap dipagari dengan pohon-pohon yang merimbun dikiri kanan jalannya .
          Hari pertama aku menghadiri kelas malam ku,aku bersendirian melalui jalan yang gelap itu.Perasan takut dan seram terus menghantuiku apatahlagi mengenangkan berbagai cerita seram yang telah aku dengar dari kawan-kawan ku tentang sepohon pokok yang sangat popular dengan cerita-cerita misteri yang menakutkan.Bahkan kawan-kawanku di asrama sering mengingatkan ku agar berhati-hati apabila melalui jalan berhampiran pohon itu kerana  kawasan itu dikatakan agak keras.Namun aku terus mengagahkan diriku untuk melalui jalan itu apabila mengenangkan pesan ibu agar belajar bersungguh-sungguh.Setapak demi setapak ku melangkah meninggalkan pohon yang misteri itu dan menuju ke kelas aku.Aku berasa lega apabila kawasan itu semakin jauh ku tinggalkan.Aku terpaksa melalui jalan itu setiap hari untuk sampai ke kelasku sehingga hilang rasa takutku seperti kata pepatah“Alah Bisa Tegal Biasa”.
Pada suatu hari ketika aku sedang berbual-bual  dengan rakan-rakanku tanpa aku sedari aku telah mencabar makhluk itu muncul di hadapanku.Aku tidak  menyangka  kelancangan mulutku itu akan mendatangkan masalah kepadaku.Seakan terdengar satu suara memanggil ku,aku mencari-cari suara itu.Tiba-tibamataku terpaku pada satu lembaga yang agak besar dengan mata yang merah bak saga, rambut menggerbang tidak terurus,dengan gigi menyeringai,pakaian yang kusut masai merenung ke arah ku.Aku tergamam buat seketika dan mulutku terkunci rapat.Mujurlah rakanku Diniy menyedari perubahansikapku pada ketika itu.Beliau telah melaungkan azandengan lantang lalu  aku tersedar namun kakiku terasa berat untuk melangkah bibirku pula terasa kering untuk berkata-kata.Dengan segala usaha dan susah payah, rakan baikku itu telah membawa aku berjumpa dengan ustaz .
Setelah diubati oleh ustaz aku beransur-ansur pulih.Aku telah menceritakan akan kewujudan lembaga itu kepada ustazdan rakan baikku.Ustaz menasihatiku supaya sentiasa membaca ayat-ayat suci al-quran dan menjaga setiap tutur kata agar tidak melampaui batas.Sehingga ke hari ini, setiap kali melalui pohon besar ditepi dewan sekolah ku itu melahirkan perasaan seram dan aku masih tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik pohon itu.

Sunday, December 19, 2010

BERAKHIRNYA SATU PENANTiAN

Syahirah berlalu pergi.  Tiada alasan mengapa dia perlu berada disitu..kerana kehadirannya membuat Haikal dan Adila merasa terganggu...

   "Irah...mengapa awak nampak sedih?"tanya aku kepadanya. Syahirah hanya membisu. Aku merasa serba salah,adakah dia sedih tentang aku dengan Adila?. Aku berkata sendirian. Adakah dia sudah mengetahui perasaan aku terhadap Adila? Tanya aku pada diri sendiri. Setelah lama Syahirah membisu,dia bersuara.
"Terima kasih Haikal kerana telah menyedarkan Irah..Haikal telah lama menjaga perasaan dan hati Irah..sekarang Haikal dah bersama Adila,Irah tidak sepatutnya menagih kasih dari Haikal lagi.."tutur Syahirah dengan lembut. "Irah Haikal mintak maaf sangat..Haikal rasa setakat sini sahaja hubungan kita..Apa yang Irah lakukan dahulu Haikal dah lama maafkan Irah..Haikal rasa bahagia sangat dengan Irah..terima kasih kerana pernah menyayangi Haikal.."kataku kepadanya. Dengan berharap agar dia memahami aku. "Tidak perlu minta maaf Haikal..Irah yang bersalah..Irah yang tidak pernah hargai kasih sayang Haikal pada Irah..Irah doakan agar Haikal bahagia dengan Adila." Jawabnya dengan perlahan sambil mengeluh. Ya! Sungguh lega hatiku. Syahirah terima kasih kerana memahami aku. Bisikku dalam hati..
   Dinginnya malam ini. Angin bertiup sepoi-sepoi menyentuh pipiku. Tersedar aku dari lamunan waktu rehat di sekolah tadi. Terkenangkan perbualanku dengan Syahirah,wanita pertama yang berjaya memikat hatiku. Dalam kelembutan perangainya,dalam keayuan wajahnya,dalam kesopanan tuturnya tetapi sayangnya dia tidak memiliki kesetiaan dalam perhubungan. Betul ke? dia tidak setia dalam perhubungan atau aku tidak pandai menjaga hatinya..? Aku berbicara sendirian. Tanpa sedari akhirnya aku terlena tanpa jawapan.

  Hari ini aku pergi ke sekolah seperti biasa,memboceng motorsikal dengan akakku.. Dalam fikiranku masih lagi terbayang tentang semalam..Tentang aku,Adila dan Suzanna,semasa makan di RESTOREN INDAH..Adila sungguh ayu dan cantik mengenakan tudung berwarna biru laut,walaupun hanya memakai t-shirt putih dan seluar jeans levi's biru.."Haikal,kenapa kau ni, tersenyum sorang diri? Dah buang terbiat ke apa budak ni." Ngomel akak angah padaku. Aku hanya membalas senyuman kepada akak angah. Selepas itu,aku bergerak ke kelas aku di blok A. Sampai sahaja di kelas aku,aku terus melabuhkan punggung di tempat dudukku. Aku melihat tempat  duduk di sebelahku kosong. Ke manakah Syahirah pergi?. Adakah dia tidak hadir sekolah disebabkan masalah semalam.

  "Adila,petang nanti datang latihan tau.Jangan tak datang.Kita dah dekat dengan perlawan bola jaring.." Pesan Suzie kepada Adila. "Baiklah Suzie aku menurut perintah.Kita pasti jadi juara,don't worry okey.Kau dah pesan ke pada Suzanna?" tanya Adila pada Suzie.. "belum lagi!!". Jawab ringkas Suzie. "Biar aku tolong bagi tahu pada Suzanna petang nanti ada latihan bola jaring". Kata Adila pada Suzie. "Okey,terima kasih Adila.". Jawab Suzie sambil tersenyum pada Adila. Aku hanya memandang gelagat mereka berdua. Tanpa aku sedari ada sepasang mata yang memerhatikan aku dari tadi. Ya,Syahirah!! memang benar dia Syahirah yang memerhatikan aku dari tadi.Dia melemparkan senyuman kepadaku.Ketika aku mengamati wajahnya. Aku terkenang senyumannya yang berjaya menawan hati aku dahulu.

   Keesokan harinya tibalah hari sukan yang ku nanti-nantikan. Meriahnya acara sukan tahun ini. Aku sepasukan dengan Syahirah iaitu pasukan rumah merah,manakala Adila pula pasukan rumah hijau. "Minta perhatian kepada semua pelajar, sebentar lagi perlawanan bola jaring antara pasukan rumah merah dengan pasukan rumah hijau akan bermula." Pengumuman daripada Cikgu Linda, yang itu pengerusi acara sukan. Aku hanya menjadi penyokong setia rumah sukanku,jumlah markah kedua-dua pasukan adalah seri. Hanya tinggal dua minit sahaja lagi untuk menentukan pasukan manakah akan menjuarai perlawanan bola jaring. Hatiku penuh dengan perasaan resah dan gelisah. Akhirnya,pasukan rumah hijau bersorak dengan kuat atas kemenangan oleh pasukan mereka. Aku melihat wajah Syahirah penuh kehampaan dan kesedihan disebabkan kekalahan yang dialaminya.  
   Selepas waktu berehat aku pergi berjumpa dengan Adila di dalam kelas. Aku melihatnya sedang mengelap peluh diwajahnya yang putih dan bersih dari jerawat. Dia memberi senyuman yang manis apabila melihat aku berada di pintu kelasnya. Lalu aku pun menghampirinya "Adila,saya ucapkan taniah atas kemenangan pasukan awak tadi." Kataku sambil melemparkan senyuman kepadanya.  "Terima kasih Haikal,itu nasib saja pasukan saya menang." Katanya  dengan merendah diri. "Nasib?? Mana ada nasib tadi.. Awak menang sebab pasukan awak semuanya profesional lebih-lebih lagi awak Adila…Terpegun saya  tengok awak bermain tadi." Pujiku terhadapnya. "Awak ini Haikal ada-ada saja,saya main biasa je." Katanya sambil ketawa lucu. Aku rasa senang hati apabila duduk bersamanya,sehinggakan semua masalah aku  akan lenyap.

   Semakin hari waktu berjalan dengan laju. Hubungan aku dan Adila semakin mesra,ke mana sahaja aku dan dia pergi bersama,bergurau senda dan gelak ketawa bersama.Tapi kenapakah? perasaan aku lain apabila bersamanya,perasaan ini terlalu halus dan suci. Akukah yang berperasaan sedemikian,sedangkan dia. Kenapa  aku biarkan benih rindu ini bercambah? Adakah aku sudah jatuh cinta padanya? Tak mungkin! Layakkah untuk aku mencintainya? Dia dengan aku umpama langit dengan bumi dia seorang anak Penolong Kanan HEM disekolah, aku hanya anak petani. Perasaan ini bermain dalam benak fikiranku.Oleh itu,aku hanya boleh memendam perasaan aku dan jaga daripada dia dan orang lain mengetahui. Ya Tuhanku, Kau berikan aku petunjuk-Mu.
   Tiba-tiba aku rasa bahuku di sentuh,hilang segala lamunan aku tadi.
"Oit! demo duk menung kat sapo? kuat teh ingat kat gewe." Tanya Amir dengan loghat kelantannya. Dari tadi dia perhatikan aku. "Macamlah hang tak tau,Haikal nikan banyak peminat. Nak plan keluar mana minggu ni," ajuk Faizal. Berbelit lidah bercakap loghat utara. Amir mendekati aku. "Oyak sikit,apa masalah demo gak?." Aku tersenyum sumbing,lalu menggeleng-geleng kepalaku. Tanda tidak ada masalah kononku.
"Blah la mu,kalau orang tak dok masalah, tak lah duk melangut macam ni," betah Amir. Faizal ketawa, terasa kelakar dengan lagak kawannya. "Aku rasa aku dah jatuh hati la..." luahku. "Emm,kau kalau jatuh hati aku tak hairanlah.Memang kau kaki perempuan," sampuk Faizal yang dari tadi hanya jadi pendengar. "Tapi aku rasa lain macamlah kali ini. Entahlah.." aku tarik balik kata-kataku. Masakan ego aku tumpas di hadapan kawan-kawanku. "Iya ko? demo jatuh cinta kat sapo?" soal Amir. Aku tersenyum. Tidak berniat mahu memberi jawapan pada soalan Amir. "Adalah.." jawapan yang mendatang bahana kepada aku. Amir dan Faizal berpakat memaksa aku untuk memberitahu. Tak cukup tanah,aku cuba menyelamatkan diri. Riuh rendah di dalam kelas aku.
2 bulan kemudiaan.....    
"Bangun semua..Assalamuaikum cikgu.." ketua kelasku memberi salam  apabila nampak cikgu Razalina memasuki kelas dengan seorang lelaki berpakaian seragam sekolah lengkap. "Waalaikummusalam,duduk semua..Hari ni kamu akan dapat rakan baru..Cikgu harap kamu akan melayan dia dengan baik.Faham semua?." tegas cikgu. "Faham cikgu.." Aku dan rakan sekelasku menjawab. Lalu budak baru berdiri hadapan untuk menperkenalkan dirinya. "Salam semua nama saya Mohamad Azrul Fitri bin Zufkifili, panggil saja Fitri asal dari kuantan sekolah  SM.Tun Haji Ismail,anak yang ke-5..Salam perkenalan." cikgu memberi masa untuk sesiapa untuk bertanya. "Fitri dah ade berpunya ke belum?.." tanya Marziana dengan gaya gediknya. Diiringi ketawa semua rakan kelasku. "Erm,, tidak.. Saya masih solo.." jawab Fitri.. "Oh..ada can la, saya nak masuk nie?.." selah Atikah pula. "Ok. dah semua.. Erm, Fitri kamu boleh duduk disana.. Cikgu pergi dulu.."

   Fitri duduk dibelangkan aku. Dia duduk dengan Bob. "Hai bro,aku Haikal. Kau tinggal dekat mana?." Aku perkenalkan  diri sambil menhulurkan tanganku. "Oh,aku tinggal dekat kg.Jeram." jawabnya sambil tersenyum. "Kalau gitu kau dekat je la dengan rumah aku... Kenapa?kau pindah kat sini.." tanyaku lagi.. "Ayah aku dah pencen jadi guru sekolah menengah..Erm Haikal dekat kg.Jeram tu ade tak persatuan badminton?."  tanya dia. "Mesti ada,aku juga ahli persatuan badmintom itu..Kalau kau nak masuk nanti aku bawa kau jumpa ketua persatuan dan kau kena bawak sepuluh ringgit sebagai yuran.." terangku kepadanya.. Dia mengaguk tanda faham dan berlalu pergi dengan Amir. Fikiranku mula melayang. Petang minggu yang lepas aku berjaya mengatur makan dengan Adila di Restoren INDAH. Petang itu dia memakai baju kebaya merah jambu dengan mengenakan tudung merah jambu juga. Petang itu Adila memang cantik. Boleh terpikat sesiapa saja yang melihatnya. Aku berasa segan dengannya. Aku hanya memakai seluar jeans dan baju kemaja POLO..
  "Haikal? Kenapa awak pandang saya macam nampak hantu je...Muka saya ada nampak pelik ke?" tegurnya apabila dia perasan aku memandangnya tanpa berkelip. "Eh,tak lah..Saya terkejut tengok awak petang ni." "Terkejut kenapalak?" tanyanya dengan hairan. "Awak nampak lain la..Sungguh  cantik petang ni.." kataku dengan jujur. Dia memandangku dengan senyuman. "Oh,sebelum ni saya tak nampak cantiklah ye.?" guraunya sambil tersenyum. "Eh,tak adelah. sebelum ni pun awak cantik juga.Tapi hari ni lagi cantik seperti bidadari turun dari kayangan.." Aku berseloroh diikuti ketawa kecil darinya.. "Awak ni Haikal ada-ada je.. Hm ni kenape ajak saya keluar?." "Tiada ada apa-apa saja je,ajak awak keluar..Hm saya nak tanya..Boleh?" "Boleh,tanyalah Haikal.." "Dila,macam mana kite nak tahu seseorang itu jatuh hati..?" tanyaku dengan nada lembut. Dia terkejut dengan soalan aku. "Kalau kita cintakan seseorang, hati kita yang merasai dulu," terang Adila. "Maksud awak?" Tanyaku. "Hati kita rasa berdebar-debar.Ingin menatap mukanya selalu, rindukan suaranya. Itu maknanya kita  dah jatuh hati". Adila tersenyum manis. "Emm,macam saya rasakanlah ye. Berdebar-debar bersama awak, nak menatap wajah awak selalu dan saya rindukan suara awak. Dan.. Saya bahagia melihat senyuman awak itu". Aku memerangkapnya. Rona merah memenuhi wajah Adila. Aku ketawa. bertambah manis Aku dalam situasi begitu. Antara kenangan manis yang pernah tercipta oleh aku dan Adila.

 "Ila kau dah tengok ke?. Budak baru 3.IMPIAN..Handsome gile.." tanya Suzanna kepada Adila. Adila sekadar mengaguk tanpa bersuara. "Budak  tu sekali kh Perdagangan dengan kaukan Ila..?" "Hmm.. Nama dia Azrul Fitri.." jawab Adila ringkas. "Wau! Nama pun cantik macam tuan dia.. Erm, yang kau termenung dari tadi kenapa?..Haikal ada cakap apa-apa ke kat kau.?". soal Suzanna. "Emm,tak ada pun..Kau ni betul ke yang dia tu suka dekat aku..?". "Betul la..Semua orang perasan yang dia tu suka kat kau Ila..." jawab Suzanna dengan bersungguh-sungguh. "Kenapa boleh begitu pulak.?" Soal Adila dengan hairan. "Yela..Kau tengok la dia tu.. Layan kau macam mana.. Layan orang lain macam mana.." Jawab Suzanna bersahaja. "Lain ke? Aku rasa biasa je.. Macam seorang kawan.." Jelas Adila. "Itu kau..Hmm, kenapa tak kau je ngaku kat dia yang kau tu suka kat dia.." "Pandai kau, wat malu je.. Macam aku pulak terhegeh-hegeh kat dia.." tegas Adila. "Entah la aku tak tau la nak cakap apa dah." jawab Suzanna berlalu pergi ingin membiarkan Adila keseorangan.

Petang tadi aku temankan Fitri ke dewan untuk mendaftar Fitri dalam persatuan badminton. Selesai sahaja mendaftar Fitri. Aku dan dia duduk di hadapan rumahku. "Haikal, terima kasih kerana tolong aku tadi.." "it's ok..biasa saja tu..Tapi kau main tadi memang ok la..Hampir-hampir abang tadi nak kalah." kata aku. "Tulah..Nyaris nak menang tadi..Emm.. Aku nak tanya sikit..Boleh?". Soal Fitri dengan wajah serius. "Leh..apa?" "Kau kenal tak budak perempuan kelas 3.INOVATIF. Dia tu tinggi,putih dan cantik. Dia kh dengan aku.. Nama dia tak salah aku Nur Adila Sakilah" Jawab Fitri dengan ceria. "Mestilah kenal anak GPK HEM sekolah kita..asal.? Kau suka dia ke?". Dugaku "Entahlah.. Aku rasa dah terpikat dekat dia la.." jawabnya tanpa selindung. "Gile kau.. Manalah dia tu layan laki.. Lagi pun Ayah dia mana bagi Dia bercinta-cinta ni.." Kata aku dengan terkejut  apabila dengar yang diluahkan oleh Fitri. "Belum cuba belum tau..Haikal" katanya sambil tepuk belangkanku.. "Ha! Angah asal  termenung dari tadi..Kak long duduk depan angah dah 5minit,tak perasan lagi". Sergah akak sulung kepada aku. Hilang lamunan aku tentang aku dan Fitri minggu lepas. "Tak ada apa-apa la kak long.Angah tengah fikir tentang peperiksaan.." Dalihku kepada akakku. "Oh, nak tipu kak long ek.. Ingat kak long tak tahu yang angah teringat dekat Adilakan..?". Soal kak longku sambil tersenyum. "Tak lah..Mana ada kak long ni ada-ada je.. Oklah angah nak pergi mandi dulu.." Aku terus pergi meniggalkan kak longku sendirian. Huh lega hatiku. Terlepas dari kak long yang boleh membaca fikiranku. Aku bermonolog dengan hatiku.

  Selepas aku makan dekat kantin tadi. Niza dari kelas 3.INOVATIF tegur aku. "Haikal awak tahu tak.. Adila dan Fitri dah couple.Tapi diorang capel bila ek..?". Tanya Niza ingin tahu. Tergamam aku apabila mendengar apa yang Niza katakan tadi. Adila couple dengan fitri? Biar betul.. Patut la dia dah berubah. Aku berkata-kata didalam hatiku. "Rasanya baru minggu ni..Betul ke diorang dah couple?" Dalih aku kepada Niza. "Yelah.. Takkan aku nak tipu lak" tergas Niza. Lalu aku pergi meniggalkan Niza untuk mencari Suzanna sahabat baik Adila. Sampai sahaja di depan kelas 3.INOVATIF aku lihat Suzanna sedang berbual dengan rakannya. Adila tiada disitu. Tanpa membuang masa aku terus mengajak Suzanna pergi di hujung bangunan. "Ana betul ke..? Adila dah couplel dengan Fitri..? Kenapa tak kata kat aku?". Tanyaku bertubi-tubi. "Mana kau tau..?". Tanya Suzanna dengan hairan. "Itu tak penting,sampai hati kau Ana tak kata kat aku". Suaraku sayu kesedihan. "Lah,asal lak? Wat apa bagi tahu kat kau.. Nape? Kau suka dekat Adila ke?". Duga Suzanna kepadaku. "Yelah.. Aku suka dekat Adila,aku cinta dekat dia.." jawabku dengan semangat. Tergamam  wajah Suzanna apabila aku memberitahunya tentang perasaanku terhadap Adila. Suasana diam saja, aku diam seribu bahasa. "Haikal kau dah terlambat... Sebenarnya Adila sudah lama menaruh harapan terhadap kau.. Dia juga dah lama menyukai kau. Kenapa kau tak luahkan perasaan kau dekat dia dulu..?" Tegas Suzanna. "Aku takut Ana... Aku takut bila aku luahkan dia tak terima aku.. Bila aku dengar yang dia kata Ayah dia tak bagi bercinta.. Bila dia kata dia dah suka dekat orang lain dulu..Terus aku rasa  dia takda hati kat aku.. Dan aku rasa baik aku pendamkan perasaan ini,walaupun hati aku terluka..". Panjang lebar aku beritahu perasaan aku ni dekat Suzanna.
   "Aku rasa Haikal baik kau pendam je perasaan kau tu dekat dia.. Kau lupakan je perasaan cinta,suka dan sayang kau kat Adila.. Biarla dia bahagia dengan Fitri.. Aku tahu kau mungkin susah untuk lupakan dia tapi aku kenal kau Haikal.. Kau lelaki yang tabah dalam menghadapi semua ini.." Teringatku nasihat Suzanna walaupun dah sebulan berlalu. "Ya Allah.. Kau tolonglah hamba mu ini. Kau Hilangkanlah  perasaan aku ni terhadapnya.. Aku pasrah jika dia bukan tercipta untukku..". Aku berdoa kepada ilahi. Sesudahku solat magrib.. Aku menulis didalam buku  diariku tentang perasaan ini.
Cinta??memang indah jika ia betul..Tapi,, mengapakah aku masih bersedih kerana terlepasnya?? Sedangkan aku gembira jika dia bahagia dengan orang lain.. Kenapa  aku masih teringat-ingat kenagan bersama dia..?? Sedangkan dia sekarang tengah menbina kenagan baru dengan insan yang dia sayang... Kenapa dia mudah menyukai orang lain?? Sedangkan aku susah untuk melupakan dia.. Ya.Allah aku tahu hamba mu ini selalu menyakiti hati dan perasaan orang lain.. Mungkin ini satu balasan untuk aku. Aku terima jika ini balasanku.. Ya.Allah sesungguhnya hambamu ini tak kuat untuk lalui semua ni.. Aku mohon kepada-Mu..Hilangkan perasaan suka,sayang dan cintaku padanya. Mungkin dia lebih bahagia dengan insan lain daripadaku..Hmm,,kenapakah aku ni mudah untuk menyayangi seseorang  tetapi susah untuk melupakan seseorang.. Tapi aku yakin  dan percaya kepada-Mu..Ya.Allah disebalik kejadian ni pasti ada hikmatnya..
 Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Aku harus melepasnya. Berakhirnya Sebuah Penantian, tiada apa lagi yang aku harus menunggu mu...
                                                       TAMAT


                           Hasil Nukilan :Muhd Shahrul Ruslan
                                                

PENCARIAN KU DI SMKPT

SMKPT...............
Dipersadamu aku tercari-cari
Secarik harapan
Segumpal impian
Dan segenggam kejayaan

Disini
Di daerah mu
Berlinang air mataku
Berhemburan menitis keringat di pipiku
Berterbangan rona waktu di mindaku

Disini
Terukir senyum dan tangis
Tersimpul suka dan duka
Terpateri pahit dan manis
Tercoret hitam dan putih
Dan tersurat nyata dan palsu
Lalu segalanya
Kulipat di sebalik selendang kenangan ku

HARI HARI TERAKHIR DI SMKPT

Semalam...........
Aku tewas , lemas, pasrah
Dalam menjejak liku-liku kehidupan
Lalu...........
Kesepian ,kekesalan,kesengsaraan
Bertandang di benakku.

Hari ini...........
Aku bangkit
Langkah demi langkah aku turuti
Tapak demi tapak aku susuri
Lautan kepayahan aku renangi
Demi menggapai ,impian,harapan
Cita-cita yang suci murni

Dsini.................
Perjuangan bermula
Mencari dan terus mencari
Dipersadamu SMKPT
Aku terus mendaki
Menyusun langkah
Menyusuri onak dan duri
Dalam mengharungi senyum dan tangis