Namaku ialah Aiman dan aku ialah pelajar di sebuah sekolah di kawasan Daerah Lipis.Aku bakal menduduki peperikasaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini oleh itu aku terpaksa menghadiri kelas malam yang diadakan oleh sekolahku.Untuk sampai ke kelasku aku terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi,gelap dipagari dengan pohon-pohon yang merimbun dikiri kanan jalannya .
Hari pertama aku menghadiri kelas malam ku,aku bersendirian melalui jalan yang gelap itu.Perasan takut dan seram terus menghantuiku apatahlagi mengenangkan berbagai cerita seram yang telah aku dengar dari kawan-kawan ku tentang sepohon pokok yang sangat popular dengan cerita-cerita misteri yang menakutkan.Bahkan kawan-kawanku di asrama sering mengingatkan ku agar berhati-hati apabila melalui jalan berhampiran pohon itu kerana kawasan itu dikatakan agak keras.Namun aku terus mengagahkan diriku untuk melalui jalan itu apabila mengenangkan pesan ibu agar belajar bersungguh-sungguh.Setapak demi setapak ku melangkah meninggalkan pohon yang misteri itu dan menuju ke kelas aku.Aku berasa lega apabila kawasan itu semakin jauh ku tinggalkan.Aku terpaksa melalui jalan itu setiap hari untuk sampai ke kelasku sehingga hilang rasa takutku seperti kata pepatah“Alah Bisa Tegal Biasa”.
Pada suatu hari ketika aku sedang berbual-bual dengan rakan-rakanku tanpa aku sedari aku telah mencabar makhluk itu muncul di hadapanku.Aku tidak menyangka kelancangan mulutku itu akan mendatangkan masalah kepadaku.Seakan terdengar satu suara memanggil ku,aku mencari-cari suara itu.Tiba-tibamataku terpaku pada satu lembaga yang agak besar dengan mata yang merah bak saga, rambut menggerbang tidak terurus,dengan gigi menyeringai,pakaian yang kusut masai merenung ke arah ku.Aku tergamam buat seketika dan mulutku terkunci rapat.Mujurlah rakanku Diniy menyedari perubahansikapku pada ketika itu.Beliau telah melaungkan azandengan lantang lalu aku tersedar namun kakiku terasa berat untuk melangkah bibirku pula terasa kering untuk berkata-kata.Dengan segala usaha dan susah payah, rakan baikku itu telah membawa aku berjumpa dengan ustaz .
Setelah diubati oleh ustaz aku beransur-ansur pulih.Aku telah menceritakan akan kewujudan lembaga itu kepada ustazdan rakan baikku.Ustaz menasihatiku supaya sentiasa membaca ayat-ayat suci al-quran dan menjaga setiap tutur kata agar tidak melampaui batas.Sehingga ke hari ini, setiap kali melalui pohon besar ditepi dewan sekolah ku itu melahirkan perasaan seram dan aku masih tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik pohon itu.
No comments:
Post a Comment